sampel lagu "Maafkan seikhlasnya"

sampel lagu "lihat aku malam ini"

Saturday, December 5, 2009

Kembalinya seorang drummer

Assalamualaikum...Tujuh dengan sukacitanya menyambut kepulangan bercuti saudara Ahmad Farami dari Melbourne, Australia dan beliau bakal bersama barisan Tujuh dalam merakamkan album Jalan Yang Terang nanti. Tujuh akan memulakan rakaman pada 15hb disember ini dan Farami akan mengambil posisi drummer (disamping Kudin) untuk beberapa lagu sebagai sumbangan beliau kepada Tujuh. Semoga cita-cita bersama akan dapat terlaksana.

Monday, November 9, 2009

RemajaTV


Tujuh telah pun merakamkan dua lagu secara LIVE untuk program RemajaTV di TV3. Pastikan anda menonton preview lagu baru "Suburnya Cintamu" dari Tujuh. Terima kasih kepada pihak penerbit yang sudi menjemput kami.

G-Hard Records

Assalamualaikum...
G-Hard Records adalah usaha Tujuh untuk mengumpulkan band-band dari Malaysia yang mengetengahkan konsep lagu-lagu keTuhanan dan kemanusiaan. Sebagai permulaan, G-Hard Records akan mengeluarkan album "Jalan Yang Terang" sebagai produk sulung yang juga bakal diedarkan oleh pihak Warner Music (Msia). G-Hard Records juga telah mengambil sebuah lagi band yang berkonsepkan keTuhanan iaitu NotBad Band untuk mengembangkan lagi aliran muzik sebegini. Mana-mana band yang berlandaskan konsep yang sama dan berminat untuk diketengahkan, bolehlah mengirimkan demo anda pada kami. Insya-Allah jika ada keserasian, kami mungkin dapat membantu anda.

Sunday, November 8, 2009

Lagu terbaru Tujuh 'Suburnya Cintamu' di program Remaja TV3. Nantikan siarannya..

Tuesday, November 3, 2009

Tujuh dan Remaja TV

Assalamualaikum...
Tujuh akan menghadirkan diri untuk sessi rakaman di studio NTV7 di Shah Alam ahad ini (7hb Nov) untuk rancangan RemajaTV. Tujuh akan merakamkan 2 atau 3 lagu pada sessi tersebut. Nantikan perkembangan Tujuh.