sampel lagu "Maafkan seikhlasnya"

sampel lagu "lihat aku malam ini"

Sunday, January 4, 2009

Kenapa DIY?


Assalamualaikum dan selamat tahun baru!

Tujuh sedang bertungkus lumus menyiapkan mini album "Kesempatan ini" demi untuk mencapai sasaran melancarkan album ini sekitar hujung Februari 2009 atau pun awal Mac nanti. Bagaimanapun mengikut perancangan, single "Kesempatan ini" akan dilancarkan terlebih dahulu sebagai usaha memperkenalkan Tujuh kepada para pencinta muzik tanahair.

Ada yang bertanyakan Tujuh kenapa mini album ini dibuat secara DIY, di mana kos dan segala proses penerbitan diusahakan oleh Tujuh sendiri. Sebenarnya, Tujuh mahukan segala hala tuju kreatif band ini tidak terkongkong oleh mana-mana pihak kecuali Tujuh sendiri. Juga, Tujuh ingin mengedarkan sendiri album ini bagi mengelakkan keuntungan pihak pengedar. Sekitar 60% dari pendapatan jualan dapat kekal pada pihak Tujuh dengan cara ini walaupun pasaran adalah terhad. Tujuan utama ialah untuk mengumpul dana bagi menerbitkan full length Tujuh yang pertama nanti, yang mana cadangan memulakan rakaman adalah sekitar bulan Jun . Ahli-ahli Tujuh rata-rata adalah pemuzik-pemuzik amatur underground scene Malaysia yang sudah biasa dengan konsep DIY production ini. Justeru itu, kesinambungannya tentu nyata.

Friday, December 26, 2008


Rakaman mini album "Kesempatan ini" dibuat secara DIY disebuah studio di Pulau Pinang. Chen sendiri bertindak sebagai penerbit dan anggota-anggota TUJUH diberi kepercayaan penuh menyiapkan album ini sebaik mungkin. Segala pengalaman dan idea dicurahkan ke dalam usaha ini untuk memberi kepuasan diri dan juga kepuasan kepada pendengar.

Dengan menggunakan peralatan muzik yang cukup sederhana, TUJUH cuba membuktikan bahawa pepatah "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih" perlu diterapkan dalam band-band yang ingin berjaya.

Band gabungan 5 orang pemuzik amatur ini sangat berharap konsep album mereka akan dapat diterima oleh para pendengar. Ianya sebagai satu alternatif kepada hiburan yang menolak monopoli hedonisme dalam muzik.