sampel lagu "Maafkan seikhlasnya"

sampel lagu "lihat aku malam ini"

Monday, November 2, 2009

Rakaman Album

Assalamualaikum...
Buat para sahabat yang menantikan album "Jalan Yang Terang", Insya-Allah pada pertengahan Disember ini Tujuh akan memulakan rakaman studio lagu-lagu baru. Album ini akan diedarkan oleh Warner Music(M'sia) dan Tujuh amat berharap akan dapat menghidangkan sebuah album yang matang dan bermakna. Konsep yang diutarakan adalah berbentuk Pop Rock dan bermotifkan mesej-mesej yang berbentuk Ketuhanan dan keinsanan yang diharap akan berikan sedikit makna kepada kita, Insya-Allah. Tujuh juga sedia menerima sebarang sumbangan ikhlas lirik-lirik yang bersesuaian dan jika ada yang sudi, lagu-lagu juga sanggup kami pertimbangkan. Jadikan ini ruang jihad kecil bagi kita bersama. Semoga Allah SWT sentiasa memberikan rahmat dan hidayahNya kepada kita Insya-Allah.

No comments:

Post a Comment